Pages

Sabtu, 11 Jun 2016

Tempat Beli Tiket Bas dan Tiket Flight

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, tentu perkara yang pertama anda lihat adalah mengenai pengangkutan bermula dari tempat anda sehinggalah ke UMK betul kan?

Hari ini admin nak berkongsi serba sebanyak yang admin tahu mengenai pengangkutan ni.

1. Tempat Membeli Tiket Bas
a) Munkin di kalangan anda sudah tahu, sekarang ada cara yang lebih mudah untuk membeli tiket bas dan flight, anda boleh membeli secara online...
untuk membeli secara online ini, anda boleh layari disini

Sebarang panduan untuk membeli atau menempah tiket bas online anda boleh melayari di Portal Panduan disini ---> belitiketbas.com

Selain itu, tempat membeli tiket bas, anda boleh membeli di terminal bas dan ada beberapa perkhidmatan bas membuka kaunter tiket di Pantai Timur hypermarket, antaranya adalah bas Mutiara dan Bas Perdana.

b) Kebanyakan perhentian bas, akan berhenti di terminal Kota Bharu, iaitu berdekatan dengan Tesco dan bersebelahan dengan AeonMall. Apabila sampai disitu untuk menuju ke UMK anda tidak perlu risau kerana banyak kereta sewa akan menunggu untuk menjemput anda. Saya difahamkan bahawa mereka mengambil cas sebanyak RM25 untuk sampai ke UMK PC. Jikalau anda sudah ada kenalan, rakan, senior atau saudara disana munkin boleh menjimatkan kos.


Tempat Beli Barangan Keperluan UMK Kampus Kota

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih diucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Dan tahniah kepada yang berjaya memilih dan dapat masuk ke UMK Kampus Kota. InsyaAllah hari ini admin nak berkongsi sedikit tempat membeli barangan keperluan di sekitar UMK Kampus Kota (UMK PC). Bagi anda terutamanya rumah yang jauh dan tidak mampu membawa barang keperluan atau persiapan ke UMK, jangan risau kerana disini ada beberapa tempat yang anda boleh membeli barangan untuk keperluan anda nanti. Antaranya ialah :

1. Pantai Timur HyperMarket


Cuba perhatikan petak serba ringkas yang bewarna dihasilkan oleh admin, jarak perjalan diantara asrama dengan Pantai Timur Hypermarket Taman Bendahara hanya lebih kurang 500m daripada asrama, dan 6 min masa perjalanan jika berjalan kaki.

pintu masuk ke Pantai Timur

Untuk pengetahuan anda, pantai timur inilah antara pasaraya yang dipilih oleh pelajar UMK PC, kerana jarak yang dekat dan kebanyakan barangan yang ingin dibeli boleh dapatkan disini, kecuali barangan komputer seperti Laptop, printer dan lain-lain.

2. True View Optical (Kedai Cermin Mata)
3. Kedai Buku UMK (Syarikat Muda Osman)
4. Kedai Printing, photostat dan gambar
5. Farmasi
6. Kedai RM2
7. SevenEleven