Pages

Sabtu, 11 Jun 2016

Tempat Beli Barangan Keperluan UMK Kampus Kota

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih diucapkan kepada yang sudi singgah di blog ini. Dan tahniah kepada yang berjaya memilih dan dapat masuk ke UMK Kampus Kota. InsyaAllah hari ini admin nak berkongsi sedikit tempat membeli barangan keperluan di sekitar UMK Kampus Kota (UMK PC). Bagi anda terutamanya rumah yang jauh dan tidak mampu membawa barang keperluan atau persiapan ke UMK, jangan risau kerana disini ada beberapa tempat yang anda boleh membeli barangan untuk keperluan anda nanti. Antaranya ialah :

1. Pantai Timur HyperMarket


Cuba perhatikan petak serba ringkas yang bewarna dihasilkan oleh admin, jarak perjalan diantara asrama dengan Pantai Timur Hypermarket Taman Bendahara hanya lebih kurang 500m daripada asrama, dan 6 min masa perjalanan jika berjalan kaki.

pintu masuk ke Pantai Timur

Untuk pengetahuan anda, pantai timur inilah antara pasaraya yang dipilih oleh pelajar UMK PC, kerana jarak yang dekat dan kebanyakan barangan yang ingin dibeli boleh dapatkan disini, kecuali barangan komputer seperti Laptop, printer dan lain-lain.

2. True View Optical (Kedai Cermin Mata)
3. Kedai Buku UMK (Syarikat Muda Osman)
4. Kedai Printing, photostat dan gambar
5. Farmasi
6. Kedai RM2
7. SevenEleven


Tiada ulasan:

Catat Ulasan