Pages

Isnin, 8 Ogos 2016

Keadaan Dalam Bilik Asrama UMK Kampus Kota

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa Khabar adik-adik. Tahniah admin ucapkan kerana berjaya masuk ke UMK. InsyaAllah posting kali ini admin akan berkongsi bagaimana keadaan bilik asrama UMK kampus Kota ye, Luas tak? katil macam mana? almari besar tak? meja belajar kat mana dan sebagainya, tentu persoalan ini timbul di minda adik-adik.

Untuk pengetahuan adik-adik sekalian, UMK kampus kota, untuk tahun pertama, adik-adik wajib untuk menduduki asrama yang telah disediakan berdekatan dengan kampus. Pada tahun kedua, adik-adik perlu pindah dari asrama ke kolej kediaman di taman sri kemumin, belakang balai bomba kemumin.

Untuk kediaman tahun kedua, Munkin admin akan cerita dilain waktu, untuk kali ini admin akan cerita untuk asrama tahun satu sahaja.

Keadaan dalam bilik asrama UMK kampus kota, tidaklah begitu luas, tapi bolehlah untuk keselesaan sepanjang semester berada dalam bilik asrama tersebut. Keluasan bilik, boleh admin katakan 22x11 kaki (kiraan kasar). Dalam bilik tersebut boleh dimuatkan 4 orang, 4 katil, 4 almari, 4 meja belajar, 2 penyidai tuala atau kain, 2 tingkat kasut, 2 lampu, 2 kipas, 4 tingkap, 2 cermin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan