Pages

Ahad, 7 Ogos 2016

Tempat Beli Makanan UMK Kampus Kota

Assalamualaikum, adik-adik apa khabar sihat ke, admin harap adik-adik sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu.

Pada posting kali ini, admin ingin berkongsi dengan adik-adik sedikit sebanyak tempat membeli makanan yang sentiasa menjadi tumpuan buat pelajar UMK kampus Kota. Sebagaimana yang sedia maklum, UMK di Kampus Kota, tiada cafe sendiri, maksudnya tiada cafe yang terletak didalam kampus atau asrama. Semua transaksi beli makanan berlaku diluar kampus dan asrama. Namun adik-adik tidak perlu risau kerana UMK kampus Kota, di sekitar Taman Bendahara Terdapat banyak tempat membeli makanan untuk mengisi kekosongan perut.


1. Kedai Makan Kak Moh
Kedai makan Kak Moh terletak di pintu masuk belakang kampus, masakannya terkenal dengan masakan kelantan dan harga juga amat berpatutan. Adik-adik boleh dapatkan nasi disini dengan harga serendah RM3.00 pelbagai masakan, kecuali nasi ayam beharga RM4.00.

2. Nasi Lori

Nama nasi lori diberi nama oleh pelajar UMK sempena kerana jualannya hanya diatas lori sahaja. Layanannya dengan pembeli yang amat mesra, nasi yang banyak dan ayam yang besar hanya berharga RM3.00. Kadang-kadang adik-adik membeli nasi disini, akan memperolehi air Teh O beng (Teh Ais) secara percuma sahaja. Aneka lauk pauk hanya 2 perkara sahaja, iaitu ayam goreng dengan sedikit kuah gulai. 

3. Nasi Ayam Mawar

Nasi ayam mawar terletak di tepi asrama lelaki blok dua, tetapi ia terletak diluar pagar. Untuk membeli nasi ayam disini adik-adik tidak dapat berjalan melalui jalan pintas kerana pintu pagar tepi asrama lelaki sentiasa ditutup dan dikunci hanya dibuka kepada lori pengutip sampah sahaja. Adik-adik perlu melalui jalan pintu pagar utama asrama. Harga nasi ayam disini adalah RM5.00. Nasi ayam disini tersohor dikalangan pelajar UMK kampus Kota kerana keunikan sambalnya dan rasa nasi ayamnya membuka selera.

4. Cafe Garry


4. Char Key Tiaw Daddy5. Char Kuey Tiaw 6. 


Posting ini adalah masih dalam kemaskini, InsyaAllah admin akan mengemas kini dari semasa ke semasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan