Pages

Isnin, 8 Ogos 2016

Semasa Hari Pendaftaran Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Salam Sehati Sejiwa☺
Kepada bakal mahasiswa/wi UMK :

1) haruslah berpakaian formal semasa hari pendaftaran. jeans, baju tshirt, slipper, skinny adalah DILARANG.

2) semak dan lengkapkan semua borang yang diperlukan SEBELUM sesi pendaftaran untuk menyenangkan serta mempercepatkan proses pendaftaran.

3) Xray TIDAK perlu dibawa sewaktu sesi pendaftaran.

4) setem hasil serta gambar pasport diminta sediakan LEBIH.

5) pastikan anda telah bersarapan terlebih dahulu sebelum gerak ke kampus masing2 bagi sesi pendaftaran.

6) bagi kampus kota anda diminta turun bersendirian di pagar A untuk pendaftaran dan ibubapa diminta turunkan barang keperluan anda di pagar C kolej kediaman.

7) sewaktu pelajar sedang melaporkan diri, ibu bapa diminta memberikan kerjasama untuk menghadiri sesi taklimat.

8) ibubapa dibenarkan untuk naik ke blok kolej kediaman pelajar mengikut jantina.cth: kolej kediaman pelajar perempuan hanya dibenarkan ibu, kakak, adik perempuan atau sejantinanya manakala pelajar lelaki adalah di sebaliknya.

9) pelajar digalakkan mengikut jadual waktu sesi pendaftaran yang tertera di buku tawaran supaya tidak menunggu terlalu lama.

10) selepas sesi pendaftaran telah selesai anda dibenarkan untuk keluar dan diWAJIBkan mematuhi masa pulang ke kampus/kolej kediaman masing2 mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Akhir kata, Selamat Datang ke Universiti Malaysia Kelantan. Selamat maju jaya dan salam perkenalan. Salam 1 UMK ♡
‪#‎relevan‬‬
‪#‎unik‬‬
‪#‎berbeza‬‬
‪#‎kampuskota‬‬

Tiada ulasan:

Catat Ulasan